Tuesday, October 22, 2013

My Journey's

 Wartawan & Cabaran

Cabaran wartawan semasa liputan

 

Foto: Nurul Hidayah Hamid (Me)
As Trainee Astro Awani Perak
 (Rahman Hydaulic, Pengkalan Hulu Perak)

Oktober 2013, genap setahun aku bertugas sebagai wartawan media cetak dalam Kumpulan Media Karangkraf.

Lantas, tergerak hati untuk mencoretkan pengalaman mahupun cabaran semasa membuat liputan pada hari bersejarah ini.

Adakalanya, kenangan manis diperolehi dalam proses mendapatkan bahan berita ini, namun adakala pula berdepan pengalaman perit.
   
Rata-rata pembaca pastinya akan menyalahkan para wartawan, sekiranya membaca berita tertentu dalam surat khabar.

Pastinya, ada sahaja yang dikena pada pandangan sesetengah pembaca mengenai laporan berita ditulis kami.

Sekiranya, ditulis perkara benar sekalipun segelintir mereka akan mendakwa kami menyebabkan aib kepada pihak berkenaan.

Kebanyakan mereka berbicara tanpa memikirkan kesusahan dialami kami semasa mendapatkan bahan berita ini.

Rasanya, bercakap memang senang namun cuba golongan terbabit cuba berada di tempat kami yang harus melakukan liputan ini.

Jadi, melalui pengalaman aku dalam tempoh singkat ini.

Cabaran-cabarannya:
  • Bertemu orang ramai (Setiap sumber memiliki ragam tersendiri)
  • Masa terhad, namun perlu mendapatkan semua maklumat (foto, maklumat, kejadian)
  • Persaingan mendapatkan 'scoop' antara wartawan lain
  • Family mangsa (walaupun bersimpati & memahami perasaan mereka, namun kami tetap perlu menemuramah)
  • Maklumat diterima tidak tepat @ berbeza (jadi, disebabkan keadaan ini maka anda pastinya perasaan mengenai perbezaan laporan akhbar)
  • Sesat 
  • Tidak dilayan, dimarah, dihalau, dibaling kasut @ diminta pulang
Walaupun, pahit untuk ditelan, namun begitulah asam garam perlu dilalui seorang wartawan media cetak mahupun elektronik.

 Walaupun setiap bahan berita memiliki cabarannya tersendiri, namun ia banyak mengajar aku erti kehidupan ini. 

Jadi, orang ramai diminta jangan salah anggap terhadap tugas perlu dilakukan golongan media seperti kami ini. 

Jadi, aku berharap anda meletakkan diri di situasi dan tempat kami terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang penilaian.

TQ


No comments:

Post a Comment