Sunday, June 15, 2014

Sejarah



                    Warisan, Khazanah & Sejarah

Sumber: Sinar Harian 3 Jun 2014
Sejarah (Asal usul Kampung)
Kedah (Kampung Lorong Mayat)
Laluan mayat ke kubur

Nama Kampung Lorong Mayat, dekat sini, pastinya mengundang seram kepada sesetengah orang, namun ia ada kisah disebaliknya tersendiri.

Kedudukan kawasan perkampungan terbabit terletak di lorongpertama bersebelahan Jabatan Tok Pasai dan Masjid Tengku Ahmad Tajuddin Kampung Ulu.

Ketika pertama kali mendengar nama Kampung Lorong Mayat berkenaan, timbul persoalan bagaimana kawasan tersebut dinamakan sedemikian rupa.

Laluan mayat

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan KemajuanKampung (JKKK), Abu Bakar Hassan, kawasan kampungberkenaan merupakan laluan utama ke kubur.

"Asal usul nama kampung berkenaan didakwa diperolehi, apabila laluan berkenaan digunakan untuk mengusung mayat mangsa taun sekitar tahun 1947.

"Menurut ibu saya, lebih 200 mayat dari kampung sekitar seperti Kubang Rotan, Keluncur serta Tok Pasai diusung menaiki sampan untuk dikebumikan di tanah perkuburan sini," katanya.

Menurutnya, ketika dulu, hanya ada Kampung Lorong Mayat dikelilingi rimba di kawasan berkenaan, berbanding sembilanlorong masa ini.

Ketika zaman itu, katanya, mayat terpaksa melalui lorongberkenaan kerana kampung berhampiran tidak mempunyai masjid dan tanah perkuburan.

Apabila, ada sesiapa meninggal dunia, katanya, mayat penduduk terbabit akan diusung menaiki pengangkutan yang ada ketika itu, iaitu sampan.

Selepas jenazah disembahyangkan di masjid dekat KampungLorong Mayat ini, ia diusung pula ke tanah perkuburan 500 kilometer (km) daripadanya.

Budaya mengusung jenazah menaiki sampan didakwa berhenti sekitar tahun 1960 an, katanya, apabila kawasan Kuala Kedah membangun.

Miliki kisah tersendiri

Katanya, kawasan perkampungan berkenaan mempunyai kisah tersendiri seperti Makam Tok Keramat Haji Bakar di tanah perkuburan ini yang sudah dilupakan.

"Dulu, penduduk kampung akan membawa barangan seperti gula, pisang dan pulut kunyit setiap kali sakit ke makam berkenaan. Ada percaya akan sembuh," katanya.

Katanya, makam berkenaan bagaimanapun dipercayai terkambus apabila penduduk membina kediaman mereka di sekitar tanah perkuburan tersebut.

Malah, katanya, beberapa kubur lama milik arwah nenek moyang penduduk berkenaan juga tidak ada lagi, selepas kampungberkenaan dinaik taraf.

Dulu, katanya, hanya ada 20 kediaman penduduk di KampungLorong Masjid, namun bilangan kediaman bertambah menjadi hampir 200 rumah sekarang.

Bagaimanapun, masih kelihatan kediaman asal penduduk, rumah kedai dan batu nisan lama mengambarkan sejarah kawasan perkampungan tersebut.

                               -TAMAT-

No comments:

Post a Comment