Tuesday, October 22, 2013

My Hostel Life

My Hostel Life (STEP)
by
'orkidbiru'

Part 1
Sejak dari kecil, aku sentiasa tertarik terhadap kehidupan hostel, malah memasang impian untuk tinggal di asrama.
Jadi, habis peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2004, maka aku mengemukakan permohonan sekolah berasrama penuh.
Alhamdullilah, permohonan aku untuk memasuki asrama tercapai apabila permohonan memasuki sekolah teknik diluluskan.
Ketika menerima surat kelulusan daripada posmen, aku meloncat kegembiraan kerana hajat di hati berjaya dipenuhi.
Jadi, tanggal 14 Februari 2005 menjadi titik bersejarah buat aku apabila kali pertama kaki menjejakan kaki ke asrama.
Ia, terletak kira-kira lapan kilometer (km) daripada Pekan Guar Chempedak manakala lebih kurang 18 km dari Pekan Pendang.
Bermulalah kehidupan 'orkidbiru' sebagai budak hostel Sekolah Menengah Teknik Pendang (STEP), di Pokok Tai, Pendang.

Part 2

Hari pertama di asrama terbabit, aku sememangnya seakan-akan terkena kejutan budaya dengan suasana baru ini.
Apabila diingatkan semula peristiwa hampir lapan tahun lepas itu, hati kecil menari-nari keriangan mengenangkan telatah aku.
Masakan, tidak terkejut apabila secara tiba-tiba diminta beratur-ratur mengikut dorm masing-masing semata-mata untuk makan.
Manakala, pelajar baru masing-masing sibuk menjahit semua tudung dibawa masing-masing pada sebelah malamnya.
 Malahan, setiap masa aku perlu mengikuti jadual ditetapkan daripada pagi sampai ke tengah malam.
Bagaimanapun, pengalaman diperolehi aku ketika itu banyak mengajar diri ini, hingga mampu berada pada tahap ini di saat ini.

Part 3

 Aku tidak pernah melupakan pengalaman dikutip bersama rakan-rakan sewaktu berada di STEP dari 2005-2006.
Sesungguhnya, banyak kenangan manis diperolehi sepanjang tempoh dua tahun belajar dan mendiami asrama STEP.
 
Antara kenangan lucu, manis & pahit tidak dilupakan aku sehingga kini termasuklah:
  1. Saat gotong-royong beramai-ramai membersihkan dorm dan asrama masing-masing setiap hari Jumaat.
  2.  Histeria tiga hari
  3. 'orkidbiru' bangun seawal 4.00 pagi setiap hari semata-mata mandi lebih awal & tidak ingin berebut dengan rakan lain.
  4. Hampir setiap petang, budak dorm B-0-2 akan bermain di belakang asrama bersama anak guru sekola.
  5. Tidur dalam bas sambil berdiri ketika pelajar dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
  6. 'orkidbiru' mahupun rakan-rakan berdiri secara sukarela dalam kelas semasa sesi pembelajaran berikutan bimbang tertidur.
  7.  Sesi 'prep petang' dihabiskan dengan tidur :-P 
 Keunikan STEP
to be continue
*******

Part 7
Namun, kini STEP hanya tinggal kenangan manis kepada bekas penuntutnya berikutan  dinaiktaraf menjadi Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang. 
Walaubagaimanapun, ternyata sekolah ini berjaya melahirkan pelajar berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing.

My Hostel Life

Aku Budak Asrama

Part 2

Introduce My Lovely Princess Roomate (STEP 2006)

Sebaik melangkah kaki memasuki asrama Sekolah Menengah Teknik Pendang (STEP) untuk tahun keduaku, satu kejutan diterima aku. Tidak menyangka akan berpisah daripada roomate terdahulu, dan memiliki rakan bilik baru.
 Walaupun, aku mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, namun rakan-rakan baru sentiasa memberi semangat dan menerima kehadiran diri ini.

Roomate B-3-7 Sekolah Menengah Teknik Pendang (STEP), Jalan Pokok Tai, Pendang, Kedah

 Jaslina (B-3-7-1)
Kejuruteraan Elektrik

 Amiza Afifulhuda (B-3-7-2)
Kejuruteraan Elektrik

 Farah Wahida (B-3-7-3)
Kejuruteraan Awam

 
 Fauziah (B-3-7-4)
Perdagangan

 Nor Afiqah (B-3-7-5)
Kejuruteraan Awam

 Nurul Anisah (B-3-7-6)
Kejuruteraan Mekanikal

 Nor Azehan (B-3-7-7)
Kejuruteraan Awam

 Nur Syazwanie (B-3-7-8)
Kejuruteraan Awam

 Juraiza Ezza  (B-3-7-9)
Kejuruteraan Mekanikal

 Nurul Hidayah (B-3-7-10)
Pengajian Pakaian

 Syaza Awatif (B-3-7-11)
Kejuruteraan Mekanikal

Nurul Nadia (B-3-7-12)
Kejuruteraan Awam

Sesungguhnya, meskipun masa aku bersama kalian satu tempoh masa singkat, namun ia memori manis dalam kehidupan.
Seribu kemaafan diminta kerana ambil gambar kalian tanpa sebarang kebenaran..

###Akhir kalam,aku mohon maaf atas kekhilafan semasa tinggal bersama dalam satu bilik bersama kalian...

My Journey's

 Wartawan & Cabaran

Cabaran wartawan semasa liputan

 

Foto: Nurul Hidayah Hamid (Me)
As Trainee Astro Awani Perak
 (Rahman Hydaulic, Pengkalan Hulu Perak)

Oktober 2013, genap setahun aku bertugas sebagai wartawan media cetak dalam Kumpulan Media Karangkraf.

Lantas, tergerak hati untuk mencoretkan pengalaman mahupun cabaran semasa membuat liputan pada hari bersejarah ini.

Adakalanya, kenangan manis diperolehi dalam proses mendapatkan bahan berita ini, namun adakala pula berdepan pengalaman perit.
   
Rata-rata pembaca pastinya akan menyalahkan para wartawan, sekiranya membaca berita tertentu dalam surat khabar.

Pastinya, ada sahaja yang dikena pada pandangan sesetengah pembaca mengenai laporan berita ditulis kami.

Sekiranya, ditulis perkara benar sekalipun segelintir mereka akan mendakwa kami menyebabkan aib kepada pihak berkenaan.

Kebanyakan mereka berbicara tanpa memikirkan kesusahan dialami kami semasa mendapatkan bahan berita ini.

Rasanya, bercakap memang senang namun cuba golongan terbabit cuba berada di tempat kami yang harus melakukan liputan ini.

Jadi, melalui pengalaman aku dalam tempoh singkat ini.

Cabaran-cabarannya:
  • Bertemu orang ramai (Setiap sumber memiliki ragam tersendiri)
  • Masa terhad, namun perlu mendapatkan semua maklumat (foto, maklumat, kejadian)
  • Persaingan mendapatkan 'scoop' antara wartawan lain
  • Family mangsa (walaupun bersimpati & memahami perasaan mereka, namun kami tetap perlu menemuramah)
  • Maklumat diterima tidak tepat @ berbeza (jadi, disebabkan keadaan ini maka anda pastinya perasaan mengenai perbezaan laporan akhbar)
  • Sesat 
  • Tidak dilayan, dimarah, dihalau, dibaling kasut @ diminta pulang
Walaupun, pahit untuk ditelan, namun begitulah asam garam perlu dilalui seorang wartawan media cetak mahupun elektronik.

 Walaupun setiap bahan berita memiliki cabarannya tersendiri, namun ia banyak mengajar aku erti kehidupan ini. 

Jadi, orang ramai diminta jangan salah anggap terhadap tugas perlu dilakukan golongan media seperti kami ini. 

Jadi, aku berharap anda meletakkan diri di situasi dan tempat kami terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang penilaian.

TQ


Monday, October 21, 2013

My Hostel Life

Aku Budak Asrama

Part 1

Introduce My Lovely Princess Roomate (STEP 2005)

Walaupun datang daripada pelbagai latar belakang, berbeza sikap dan kelas, namun perjalanan selama setahun kita tempuhi bersama. Walaupun, berdepan pelbagai kesulitan, perbezaan pendapatan mahupun pencanggahan idea, namun memori manis dikongsi bersama.

 Nur Yanti Emyliana (B-0-2-1)
Kejuruteraan Mekanikal


Juraiza Ezza (B-0-2-2)
Kejuruteraan Mekanikal

Farah Azie (B-0-2-3)
Kejuruteraan Awam

Nur Aslynda (B-0-2-4)
Kejuruteraan Awam

Nur Arafah (B-O-2-5)
Kejuruteraan Elektrik

Nur Nabillah (B-O-2-6)
Kejuruteraan Elektrik


Nabilah (B-0-2-7)
Pertanian

Intan Raihan (B-0-2-8)
Pertanian

Nor Farehan (B-0-2-9)
 Perdagangan

Nur Diyana Adza Nubli (B-0-2-10)
Perdagangan


Inna Humairo (B-0-2-11)
Pengajian Makanan


Nurul Hidayah (B-0-2-12)
Pengajian Pakaian

Genap hampir lapan tahun meninggalkan STEP, namun kenangan bersama kalian masih tersemat dihati aku.
Segala kenakalan kita, sukaduka dilalui bersama akan terus jadi kenangan tak akan dilupakan aku..
Dalam pada itu, terima kasih & mohon maaf atas gambar digunakan aku tanpa kebenaran...

-TQ-