Tuesday, October 22, 2013

My Hostel Life

My Hostel Life (STEP)
by
'orkidbiru'

Part 1
Sejak dari kecil, aku sentiasa tertarik terhadap kehidupan hostel, malah memasang impian untuk tinggal di asrama.
Jadi, habis peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2004, maka aku mengemukakan permohonan sekolah berasrama penuh.
Alhamdullilah, permohonan aku untuk memasuki asrama tercapai apabila permohonan memasuki sekolah teknik diluluskan.
Ketika menerima surat kelulusan daripada posmen, aku meloncat kegembiraan kerana hajat di hati berjaya dipenuhi.
Jadi, tanggal 14 Februari 2005 menjadi titik bersejarah buat aku apabila kali pertama kaki menjejakan kaki ke asrama.
Ia, terletak kira-kira lapan kilometer (km) daripada Pekan Guar Chempedak manakala lebih kurang 18 km dari Pekan Pendang.
Bermulalah kehidupan 'orkidbiru' sebagai budak hostel Sekolah Menengah Teknik Pendang (STEP), di Pokok Tai, Pendang.

Part 2

Hari pertama di asrama terbabit, aku sememangnya seakan-akan terkena kejutan budaya dengan suasana baru ini.
Apabila diingatkan semula peristiwa hampir lapan tahun lepas itu, hati kecil menari-nari keriangan mengenangkan telatah aku.
Masakan, tidak terkejut apabila secara tiba-tiba diminta beratur-ratur mengikut dorm masing-masing semata-mata untuk makan.
Manakala, pelajar baru masing-masing sibuk menjahit semua tudung dibawa masing-masing pada sebelah malamnya.
 Malahan, setiap masa aku perlu mengikuti jadual ditetapkan daripada pagi sampai ke tengah malam.
Bagaimanapun, pengalaman diperolehi aku ketika itu banyak mengajar diri ini, hingga mampu berada pada tahap ini di saat ini.

Part 3

 Aku tidak pernah melupakan pengalaman dikutip bersama rakan-rakan sewaktu berada di STEP dari 2005-2006.
Sesungguhnya, banyak kenangan manis diperolehi sepanjang tempoh dua tahun belajar dan mendiami asrama STEP.
 
Antara kenangan lucu, manis & pahit tidak dilupakan aku sehingga kini termasuklah:
  1. Saat gotong-royong beramai-ramai membersihkan dorm dan asrama masing-masing setiap hari Jumaat.
  2.  Histeria tiga hari
  3. 'orkidbiru' bangun seawal 4.00 pagi setiap hari semata-mata mandi lebih awal & tidak ingin berebut dengan rakan lain.
  4. Hampir setiap petang, budak dorm B-0-2 akan bermain di belakang asrama bersama anak guru sekola.
  5. Tidur dalam bas sambil berdiri ketika pelajar dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
  6. 'orkidbiru' mahupun rakan-rakan berdiri secara sukarela dalam kelas semasa sesi pembelajaran berikutan bimbang tertidur.
  7.  Sesi 'prep petang' dihabiskan dengan tidur :-P 
 Keunikan STEP
to be continue
*******

Part 7
Namun, kini STEP hanya tinggal kenangan manis kepada bekas penuntutnya berikutan  dinaiktaraf menjadi Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang. 
Walaubagaimanapun, ternyata sekolah ini berjaya melahirkan pelajar berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing.

No comments:

Post a Comment